TAPAI PULUT
Bahan-bahannya:
- sekilo beras pulut
- 1/4 dari sebiji ragi *sebiji ragi dibahagi 4...ambil 1 bahagian sahaja*
- air 1.5 - 2 mug
Cara:
- Rendam pulut selama 2 jam kemudian toskan
- Kukus pulut selama 15 - 20 minit.
- Keluarkan pulut dari kukusan, pindahkan ke dalam satu besen/periuk.
- Arung rata dengan air.
- Kukus lagi sampai periuk keluar wap.
- Keluarkan pulut dari kukusan, biarkan pulut betul2 sejuk.
- Hancurkan ragi, taburkan ragi ke atas pulut *seeloknya guna penapis, biar rata kena semua bahagian pulut*
- Boleh mula membungkus pulut dalam daun pisang/daun getah. Tutup dengan lidi/stepler. *boleh juga dimasukkan ke dalam mana2 bekas yang sesuai asalkan bertutup*
- Masukkan tapai yang dah siap dibungkus ke dalam satutupperware besar. Tutup dan hanya boleh dibukatupperware tersebut selepas 36 jam.
formula untuk tahu tapai dah masak belom....
- malam ini bungkus tapai, malam esok tapai dalam keadaan demam, keesokan paginya tapai dah sedia untuk dimakan tapi tengahari/petang sikit baru tapai betul2 manis... :)
No comments:
Post a Comment