JUS PEGAGA
Bahan-bahan Jus Pegaga ( 1-2 gelas ):
100 gm pegaga (cuci dgn air garam bersama akarnya sekali)
3 camb gula perang (boleh tambah atau kurangkan)
500 ml air masak
5-7 ketul ais
Cara-cara:
1. Masukkan air masak ke dalam periuk bersama gula perang dan masak sehingga mendidih. Selepas itu biarkan sejuk.
2. Kemudian kisar daun pegaga bersama air gula tadi. Tapiskan jusnya.
3. Masukkan semula jus tadi ke dlm pengisar dan kisar bersama ketulan ais selama 1 minit. Siap dan boleh diminum. Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment