Tuesday, 23 September 2014

AIR KATIRA

AIR KATIRA



BAHAN:( 7-8 orang )

2 ltr air
240 g gula pasir
15 biji badam tanpa kulit
1 tin susu cair
100 g katirah
beberapa titik pewarna hijau


BAHAN LAIN:

1 sb biji selasih - direndam berasingan
buah kurma dibuang biji dan potong kecil2
agar2 siap makan - disagat
secukup ketulan ais


CARA PENYEDIAAN:

1. Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.
2. Masak air dan gula pasir hingga gula larut.Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tuangkan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih,kacau sentiasa.Matikan api dan biar sejuk.
3. Setelah air sejuk,masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata.Titikkan pewarna pilihan jika suka dan tambahkan bahan2 isian tambahan secukupnya.Sejukkan didalam peti sejuk.
4. Air katirah lebih enak diminum sejuk tanpa ketulan ais.

LAI CHI KANG


LAI CHI KANG




Bahan-Bahan


Longan kering
Gula melaka
Biji selasih ( direndam dengan air panas sehingga kembang)
Gula kundur
Beluluk
Buah laici ( yang dalam tin )
Kacang walnut
Kismis
Nata di coco ( perisa mangga )
Air secukupnya
Ketulan air batu
Cincau



Cara-Cara :

1. Rebuskan longan kering bersama air hingga longan itu kembang. Masukkan gula melaka (boleh letak ikut banyak mana). Biarkan mendidih. Lepas tu sejuk kan.
2. Setelah air longan tadi sejuk, masukkan semua bahan-bahan di atas dan sedia untuk menjamu selera...

JUS PEGAGA


JUS PEGAGA





Bahan-bahan Jus Pegaga ( 1-2 gelas ):

100 gm pegaga (cuci dgn air garam bersama akarnya sekali)
3 camb gula perang (boleh tambah atau kurangkan)
500 ml air masak
5-7 ketul ais




Cara-cara:

1. Masukkan air masak ke dalam periuk bersama gula perang dan masak sehingga mendidih. Selepas     itu biarkan sejuk.
2. Kemudian kisar daun pegaga bersama air gula tadi. Tapiskan jusnya.
3. Masukkan semula jus tadi ke dlm pengisar dan kisar bersama ketulan ais selama 1 minit. Siap dan       boleh diminum. Selamat Mencuba!

CENDOL


CENDOL



CENDOL:

5 Sudu makan - Tepung beras
1 sudu makan - Tepung gandum
1 sudu makan - Tepung pulut
10 helai daun pandan diblend - ambil air sahaja.

Cara-cara :

1. Campur semua tepung kedalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan.
2. Panaskan periuk bersama dengan air tapis / air masak.
3. Sambil menunggu air mendidih, ambil plastik putih yang macam kedai guna untuk bungkus sup. Ambil gunting, gunting bucu dia sahaja (sikit je). Senang nak buat cendol. Tak payah nak guna barang lain. Apa ada dekat rumah je.
4. Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam plastik. Bila air dah mendidih. Tekan cendol tu keluar. Terpulang kepada individu panjang mana nak tekan. Bila cendol dah kembang dan masak.
5. Sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk tu.

Dah siap bab cendol.

AIR CENDOL :

1 Kotak Santan Segera - santan pekat. Kalau guna santan cair, buat 2 kotak.
1 Cawan Air Masak
Gula Merah secukup rasa
1 sudu kecil garam

Cara-Cara
1. Panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak kedalam periuk.
2. Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda. (Kalau tak nak manis kurangkan gula)
3. Bila dan mendidih tutup api.
4. Tuangkan kedalam 1 jag besar. Campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yang anda buat tadi.
5. Jangan lupa masukkan sekali ais. Baru sedap diminum sejuk.....

VIDEO


MALAYSIAN FOOD



CARA-CARA MEMBUAT NASI UDUK





MEE KOLOK / MEE KUCHING


MEE KOLOK / MEE KUCHING



Bahan-bahan ( 5 orang ):

-Mee Kolok ( Satu bungkus ataupun kalau takde mee kolok, guna mee sanggul) 
-Daun bawang (dipotong halus) 
-Daun sup ( dicincang halus) 
-500gram daging (potong sederhana) 
-Bawang merah (di potong)
-satu mangkuk kicap manis 
-Kiub pati lembu 
-Satu mangkuk tau

Untuk bahan sos:- -Segenggam cili padi -Satu mangkuk kecil sos cili (apple gunakan maggie sos)


Cara-cara:

1. Mula-mula panaskan minyak, kemudian gorengkan bawang merah.Setelah bawang bertukar warna kecoklatan, angkat dan tapiskan. 
2. Minyak bawang di pindahkan ke mangkuk kecik 
3. Rebus daging sehingga empuk.Setelah daging sudah masak, angkat kan.Air daging jangan dibuang.Digunakkan untuk membuat sup. 
4. Masukkan kiub lembu di dalam air rebusan dan tambahkan perasa secukup rasa. 
5. Didihkan air panas di dalam kuali yang berlainan.Setelah air nya mendidih , masukkan mee kolok di dalam nya.beberapa saat, toskan mee kolok.
6. Di dalam mangkuk makanan, letakkan dua sudu besar minyak goreng, dan dua sudu kicap hitam. 7. Gaulkan mee kolok yang telah direbus tadi bersama minyak bawang dan kicap manis. 
8. Masukkan sedikit daun sup, daun bawang, dan bawang goreng.gaulkan. 
9. taburkan daging dan sayur tauge di atas nya.

Untuk sos mee kolok:- -Blendkan cili padi dan sos cili (letakkan sedikit air) -Sedia untuk di hidangkan

MANOK PANSOH


MANOK PANSOH



Bahan-bahan

1 ekor ayam,kalau ayam tua lagi bagus. Potong kecil-kecil untuk mudah masuk dalam buluh.
1 batang buluh untuk pansoh. Buluhnya agak tebal. Kalau tiada,buluh lemang pun boleh.
1 ulas serai
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 ulas halia
(tambah jika rasa tidak mencukupi.Saya agak-agak sahaja.Kuantiti seperti untuk masak sup ayam)
Segenggam daun ubi kayu.(untuk tutup atas ayam nanti)
3 batang daun bunga kantan dihiris kecil-kecil.
garam dan perasa secukupnya.

Cara membuatnya.
Blend bawang merah,bawang putih dan halia hingga agak halus. Kalau rajin menumbuk lagi bagus. Lepas itu,curahkan atas ayam,gaulkan dengan garam dan bahan perasa. Masukkan bunga kantan. Kalau di blend bahan tadi tidak perlu tambah air. Jika ditumbuk,letak sedikit air untuk memesrakan semua bahan tadi. Selepas itu,masukkan ke dalam buluh,goyang-goyangkan buluh supaya penuh ruang dalam buluh. Hentakkan sedikit sahaja supaya tidak terlalu padat. Akhir sekali,masukkan daun ubi kayu sebagai penutup ayam tadi. Bakar dalam api yang sederhana. Balik-balikkan seperti masak lemang. Bila sudah mendidih lama,angkat dan hidangkan.Sedap dimakan bersama cili kicap. Mudah sahaja membuat cili kicap.Tumbuk beberapa biji cili padi bersama 2 ulas bawang putih. Curahkan kicap dan masukkan sedikit gula.(kalau kicap masin).Sudah siap dan sedap dimakan.

Bagi yang tidak ada buluh,resepi ini juga boleh dimasak di atas dapur. Caranya masukkan ayam di dalam periuk.Tudungkan dan masak dengan menggunakan api kecil. Jangan lupa masukkan air sehingga ayam tenggelam setengah.Jangan lupa balik-balikkan ayam supaya masa serata. Bagi sesiapa yang tidak suka bunga kantan,boleh juga tidak meletakkannya.SELAMAT MENCUBA...

PS:Resepi ayam pansoh ibu saya ini sama seperti resepi masak sup ayam,cuma tiada rempah sahaja. Rasa dan wangi buluh itu yang menaikkan aroma ayam pansoh...gerenti sedap punya....